Sunday, December 11, 2011

IKAN AMPAP

Bahan-Bahannya:
  • 5 ekor ikan rumahan  atau temenung
  • 2 batang serai (di hancurkan)
  • 5cm lengkuas (di hancurkan)
  • 4 sudu besar asam jawa (di ambil 300 ml airnya)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • 12 biji lada kering #(di tumbuk bersama-sama):
    • 6 biji bawang merah #,
    • 2 ulas bawang putih #, 
    • 5 cm halia #
    • 1 sudu kecil belacan #.
Cara Membuatnya:
  1. Bersihkan ikan dan tuskan.
  2. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan-bahan tumbuk # ; serai, lengkuas dan air asam.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  4. Gaul rata-rata.
  5. Masak hingga setengah kering
  6. Angkat dan hidangkan.


..........(Selera Srikandi 1 (48))


Monday, November 28, 2011

Ayam Madu

AYAM MADU

Bahan-Bahannya:
  • 500 gm ayam (dipotong besar)
  • 1 camca teh jintan putih } *
  • 1 camca teh jintan manis } *
    • * di goreng dan dikisar halus
  • 1 camca teh ketumbar } #
  • 2 ulas bawang putih     } #
  • 2 ulas bawang merah    } #
    • # dikisar
  • 50 ml madu
  • sedikit garam 
  • 100 ml minyak masak
  • gajus            } @
  • daun pudina } @
    • @ sebagai hiasan
Cara Membuatnya:
  1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan goreng kisar (*) dan bahan kisar (#). Perap selama 3 jam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam  hingga garing dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak dan tumis bahan perapan hingga wangi
  4. Masukkan madu dan kacau rata
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan  hingga ayam sebati dengan kuahnya
  6. Taburkan gajus goreng dan daun pudina semasa menghidang.

..........( Kalendar Hidangan Perayaan 2002 nona )

Friday, November 25, 2011

Gulai Kepala Ikan DK

GULAI KEPALA IKAN DK

Bahan-Bahannya:
  • 1 kepala ikan merah/kerapu
  • 20 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 5 sm kunyit hidup
  • 5 sm belacan
  • sekepal asam jawa (diambil airnya)
  • 1 ikat daun kesum
  • garam serta serbuk perasa secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
  1. Buang sisik kepala ikan dan bersihkan
  2. Giling cili, bawang putih, bawang besar, kunyit dan belacan hingga lumat
  3. Panaskan minyak di dalam periuk
  4. Masukkan semua bahan yang telah di giling lumat (tumis sehingga naik baunya)
  5. Masukkan air asam jawa, garam serta serbuk perasa (biarkan sampai mendidih)
  6. Masukkan kepala ikan  dan daun kesum dan biarkan sehingga kepala ikan masak.

..........( )

Tuesday, November 22, 2011

Kambing Gril

KAMBING GRIL

Bahan-Bahannya:
  • 14 keping kambing yang sudah dipotong
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji lemon diparut kulitnya
  • Jus daripada satengah biji lemon
  • 1 biji oren diparut kulitnya
  • Jus daripada sabiji oren
  • 5 sudu makan BBQ sos
  • 1 sudu makan Rosemary
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
Cara Membuatnya:
  1. Cuci kambing dan keringkan
  2. Gaul dengan lada hitam dan sedikit garam
  3. Buatkan semua bahan-bahan yang lain kedalam satu mangkuk
  4. Perapkan selama 1 jam didalam peti sejuk
  5. Panggang menggunakan api yang sederhana.

..........(Bistari)

Friday, November 18, 2011

Cucur Udang

CUCUR UDANG

Bahan-Bahannya:
  • 300 gram udang basah (dicincang)
  • 1 cawan serbuk roti
  • 4 sudu besar susu cair
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • 1 sudu teh rempah kari
  • 1 biji telur ( dipukul )
  • sedikit garam.
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak
  2. Goreng bawang
  3. Masukkan udang gaul sabentar dan angkat
  4. Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam
  5. Masukkan telur  dan susu cair, uli hingga  rata, bentuk bulat-bulat kecil
  6. Goreng hingga masak.

..........(Pandai Memasak 538)

Wednesday, November 16, 2011

Ayam Goreng KCP

AYAM GORENG KCP

Bahan-Bahannya:
  • 1 ekor ayam
  • 2 ulas halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • satengah kati bawang merah
  • satengah botol minyak
  • garam serta serbuk perasa secukupnya.
Cara Membuatnya:
  1. Bersihkan ayam
  2. Potong ayam mengikut kesukaan
  3. Goreng bawang merah 
  4. Tumbuk bawang yang sudah digoreng bersama halia serta bawang putih hingga lumat
  5. Lumurkan pada ayam bersama kicap, garam serta serbuk perasa
  6. Parapkankan ayam kira-kira satengah jam
  7. Panaskan minyak didalam kuali
  8. Gorengkan ayam tadi sehingga masak dan boleh diangkat.


..........(Pandai Memasak 213)