Monday, November 28, 2011

Ayam Madu

AYAM MADU

Bahan-Bahannya:
  • 500 gm ayam (dipotong besar)
  • 1 camca teh jintan putih } *
  • 1 camca teh jintan manis } *
    • * di goreng dan dikisar halus
  • 1 camca teh ketumbar } #
  • 2 ulas bawang putih     } #
  • 2 ulas bawang merah    } #
    • # dikisar
  • 50 ml madu
  • sedikit garam 
  • 100 ml minyak masak
  • gajus            } @
  • daun pudina } @
    • @ sebagai hiasan
Cara Membuatnya:
  1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan goreng kisar (*) dan bahan kisar (#). Perap selama 3 jam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam  hingga garing dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak dan tumis bahan perapan hingga wangi
  4. Masukkan madu dan kacau rata
  5. Masukkan ayam dan balik-balikkan  hingga ayam sebati dengan kuahnya
  6. Taburkan gajus goreng dan daun pudina semasa menghidang.

..........( Kalendar Hidangan Perayaan 2002 nona )

No comments:

Post a Comment